Wednesday 29 August 2012

Rangkaian Komputer

Rangkaian Komputer adalah - Rangkaian (juga digelar Network) adalah kaedah menjadikan beberapa komputer berhubung antara satu sama lain. Bekerja dengan menggunakan komputer dalam satu kumpulan. Dimana matlamat utama adalah : 
  1. Berkongsi fail
  2. Berkongsi sumber (perkakasan ataupun aplikasi)
  3. Capaian maklumat
Bagi membolehkan komputer dihubungkan tanpa mengira jenis atau fungsinya, satu peraturan (digelar protokol) yang sama akan digunakan. Topik protokol ini akan disentuh kemudian dalam artikel akan datang. Antara protokol yang paling popular dan sering digunakan bagi menghasilkan sambungan ini adalah protokol TCP/IP( Type communication Protocol / Internet Protocol)

Apa yang anda perlukan untuk membuat rangkaian?
  1. Komputer (PC - Personel Computer)
  2. Kad Rangkaian (NIC - Network Interface Card)
  3. Kabel* rangkaian
  4. Alamat** rangkaian
Syarat berkomunikasi :

Ada 2 jenis kabel rangkaian utama:
a. Straight, 
b. Crossover.
Straight - untuk sambung PC ke perkakasan rangkaian yang lain
Crossover - untuk sambung PC ke PC (juga antara dua perkakasan rangkaian yang sama jenis)

** Alamat rangkaian adalah alamat berbentuk nombor yang memberikan identiti bagi sesebuah rangkaian.
1. Terbina daripada nombor dengan 4 oktet (X.X.X.X) 
2. Dengan nombor antara 0 - 255 (0.0.0.0 - 255.255.255.255)
3. Alamat IP adalah nombor unik bagi mewakili PC &subnetmask bagi membezakan kumpulan rangkaian yang  
   diwakili PC
 


A. cara sambungan secara terus (direct):
  1. Sediakan 2 buah PC
  2. Pasang kad NIC pada kedua-dua PC (jika tiada), dan install driver*** kad NIC tersebut
  3. Sambung Kabel 'Crossover' bagi menghubungkan kedua-dua kad NIC
  4. Masukkan**** alamat IP 10.0.0.1 dan subnetmask (atau SM) 255.255.255.0 bagi PC 1 &
  5. masukkan alamat IP 10.0.0.2 dan subnetmask 255.255.255.0 bagi PC 2


B. cara sambungan dengan perantara (seperti Hub atau Switch):

  1. Sediakan 2 buah PC
  2. Pasang kad NIC pada kedua-dua PC (jika tiada), dan install driver*** kad NIC tersebut
  3. Sediakan sebuah Hub (atau Switch)
  4. Sambung Kabel 'Straight' bagi menghubungkan kedua-dua kad NIC kepada Hub (atau Switch)
  5. Masukkan**** alamat IP 10.0.0.1 dan subnetmask (atau SM) 255.255.255.0 bagi PC 1 &
  6. masukkan alamat IP 10.0.0.2 dan subnetmask 255.255.255.0 bagi PC 2

*** driver adalah perisian (kod aturcara) bagi membolehkan perkakasan tambahan dikawal oleh PC dengan betul

**** untuk memasukkan alamat rangkaian, klik menu start > control panel > network > TCP/IP


Cara menguji sambungan
  • i. lihat lampu LED pada kedua-dua kad NIC. Sambungan baik jika menyala.
  • ii. pada PC 1, klik menu start > run dan taip cmd
  • iii. pada paparan program CMD, taip ipconfig. pastikan alamat IP 10.0.0.1 dan SM 255.255.255.0 terpapar. Jika tidak, ulang langkah 5 di atas.
  • iv. pada PC 2, klik menu start > run dan taip cmd
  • v. pada paparan program CMD, taip ipconfig. pastikan alamat IP 10.0.0.2 dan SM 255.255.255.0 terpapar. Jika tidak, ulang langkah 6 di atas.
  • vi. pada PC 1, buka program CMD dan taip ping 10.0.0.2 . Sambungan PC 1 ke PC 2 baik jika reply***** bukan nilai 0 (ada balasan dalam masa X saat) vii. pada PC 2, buka program CMD dan taip ping 10.0.0.1 . Sambungan PC 2 ke PC 1 baik jika reply bukan nilai 0 (ada balasan dalam masa X saat)

langkah i adalah untuk menguji sambungan fizikal, manakala langkah vi & vii adalah untuk menguji sambungan logikal (alamat dan protokol yang digunakan setara)

***** jika reply tetap = 0 walaupun alamat IP dan SM betul, pastikan: -kabel yang digunakan adalah betul (CrossOver bagi sambungan PC ke PC; Straight bagi sambungan PC ke perkakasan rangkaian lain) -perisian/fungsi Firewall dimatikan sebentar (firewall boleh melarang fungsi ping)


 

Guna cara B di atas (sambungan menggunakan perantara Hub atau Switch)


  1. Sediakan PC dengan kad NIC
  2. Sediakan Hub (ataupun Switch)
  3. Sediakan kabel jenis Straight (mengikut jumlah PC) dan sambungkan PC kepada Hub (atau Switch)
  4. Pastikan PC dan Hub (atau Switch) dihidupkan. Sambungan kabel baik jika lampu LED pada Hub dan kad NIC menyala.
  5. Masukkan IP pada setiap PC dari kumpulan yang sama seperti PC 1= 10.0.0.1, PC 2= 10.0.0.2, PC 3= 10.0.0.3, PC 4= 10.0.0.4, PC 5= 10.0.0.5 dengan SM yang sama 255.255.255.0 .
  6. Dari PC 1, ping alamat IP PC lain. Ulang langkah ini pada PC-PC lain. Jika ada reply (bukan 0), maka pilihan alamat dan kumpulan IP yang digunakan adalah betul.

Tuesday 14 August 2012

Infrastruktur dan Senibina Maklumat

Infrastruktur maklumat mengandungi kemudahan-kemudahan fizikal, perkhidmatan, dan pengurusan yang menyokong perkongsian sumber (computing) dalam organisasi. 5 komponen penting infrastruktur maklumat ialah :
  • perkakasan komputer
  • perisian pembangunan
  • kemudahan rangkaian dan komunikasi
  • pangkalan data
  • personel pengurusan maklumat (manusia)

Senibina maklumat ialah pelan atau peta peringkat tertinggi keperluan maklumat dalam sesuatu organisasi. Dalam memnyediakan senibina maklumat, 2 pecahan maklumat diperlukan:

  •  Keperluan bisnes terhadap maklumat – objektif organisasi, masalah, dan sumbangan yang boleh dibuat dengan IT
  • IS yang sedia wujud dalam organisasi dan bagaimana semua IS akan disatukan sesama sendiri atau dengan sistem yang baru.

    Pengenalan kepada Teknologi Maklumat

    Pengenalan kepada Teknologi Maklumat


    Sistem maklumat dibina untuk mencapai beberapa matlamat. Salah satu matlamat utama ialah memproses data kepada maklumat atau pengetahuan secara economical. Definisi konsep-konsep adalah seperti berikut:


    • Data merujuk kepada penerangan asas benda, peristiwa, aktiviti, dan transaksi yang mempunyai rekod, klasifikasi, dan disimpan, tetapi tidak tersusun untuk menyampaikan sesuatu maksud. Item data ini mungkin numerik, alphanumeric, gambarajah, bunyi, dan imej. Sesebuah pangkalan data mengandungi beberapa item data yang tersusun untukdicapai.
    • Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data.
    • Pengetahuan (Knowledge) mengandungi data dan maklumat yang tersusun dan diproses untuk menyampaikan pemahaman, pengalaman, pembelajaran terkumpul dan kepakaran apabila diaplikasikan kepada masalah atau aktiviti. Ia adalah kombinasi peraturan, idea dan prosedur yang membantu membuat keputusan.