Tuesday 14 August 2012

Pengenalan kepada Teknologi Maklumat

Pengenalan kepada Teknologi Maklumat


Sistem maklumat dibina untuk mencapai beberapa matlamat. Salah satu matlamat utama ialah memproses data kepada maklumat atau pengetahuan secara economical. Definisi konsep-konsep adalah seperti berikut:


  • Data merujuk kepada penerangan asas benda, peristiwa, aktiviti, dan transaksi yang mempunyai rekod, klasifikasi, dan disimpan, tetapi tidak tersusun untuk menyampaikan sesuatu maksud. Item data ini mungkin numerik, alphanumeric, gambarajah, bunyi, dan imej. Sesebuah pangkalan data mengandungi beberapa item data yang tersusun untukdicapai.
  • Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data.
  • Pengetahuan (Knowledge) mengandungi data dan maklumat yang tersusun dan diproses untuk menyampaikan pemahaman, pengalaman, pembelajaran terkumpul dan kepakaran apabila diaplikasikan kepada masalah atau aktiviti. Ia adalah kombinasi peraturan, idea dan prosedur yang membantu membuat keputusan.

     

      

2 comments: